IPOH: Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berhubung kemalangan jalan raya yang mengorbankan pasangan suami isteri dan tiga anak mereka yang parah di Kilometer 16.9, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam berhubung kemalangan membabitkan kereta dan lori itu pada jam 1.40 tengah hari.
Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki bersama isteri dan tiga orang anak sedang dalam perjalanan dari Gerik ke Jeli.
"Pemandu Perodua Myvi berusia 51 tahun dan isteri 45 tahun, serta tiga anak, seorang lelaki (14 tahun), perempuan (12 tahun) dan kanak-kanak lelaki (7 tahun).
"Setibanya di lokasi kejadian, kereta yang dipandu telah hilang kawalan dan masuk ke jalan bertentangan serta bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah Jeli ke Gerik.
"Akibat daripada kemalangan itu, pemandu kereta dan isteri mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Manakala tiga orang anak mangsa mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Gerik bagi rawatan susulan," katanya dalam kenyataan semalam.
Bagaimanapun, jelasnya, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik, Inspektor Mohd Zaidi Mat Yasin, di talian 013-4487374," katanya lagi.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berhemah ketika berada di jalan raya, khususnya pada musim cuti sekolah nanti.
Semalam, media melaporkan pasangan suami isteri maut manakala tiga anak mereka parah setelah kereta dinaiki keluarga itu terbabit kemalangan dengan sebuah treler muatan simen.
Aida Aziz
Sat Jun 24 2023
Pada Sabtu, sepasang suami isteri maut manakala tiga anak mereka parah setelah kereta dinaiki keluarga itu terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 16.9, Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli. - Foto JBPM Perak
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mudah tewaskan India, mara ke separuh akhir
Malaysia menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir acara berpasukan selepas mengetepikan cabaran India pada aksi suku akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
Orang muda Malaysia perlu lantang bersuara bagi Palestin
Justeru, mengambil contoh langkah dilakukan mahasiswa di Amerika Syarikat, Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin Dr Abdullah Waleed menyeru orang muda di Malaysia melakukan langkah yang sama, menyeru dunia memandang isu pembunuhan beramai-ramai di Gaza, sebagai sebuah krisis kemanusiaan.
Gudang bantuan di Gaza kini kosong
Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin, Dr Abdullah Waleed berkata susulan halangan bantuan memasuki radah, tiada bantuan boleh memasuki bumi Gaza.
Korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 orang
Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 dan 80,293 yang lain cedera menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
AWANI Ringkas: Faisal Halim dibenar pulang hari ini atau esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan bentang RUU Suruhanjaya Gig Julai ini - Anwar
Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang berkaitan Suruhanjaya Gig di Parlimen pada Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3 bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang mula beroperasi Jun - Dr Dzulkefly
Sebanyak tiga daripada empat bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang (PJS), Selangor akan mula beroperasi untuk kegunaan pembedahan elektif dan kecemasan pada bulan hadapan (Jun).
Agong berkenan rasmi Hari Landskap Negara 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam di sini.
Ahmad Zahid tiba di Shanghai, teruskan lawatan rasmi di China
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini hari ini, bagi meneruskan lawatan rasminya ke China yang bermula 22 Mei hingga 1 Jun.
Nahas korbankan suami isteri di JRTB, orang ramai diminta salur maklumat - Ketua Polis Perak
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Gerik, Inspektor Mohd Zaidi Mat Yasin,.
Suami isteri maut, tiga anak parah nahas kereta-treler di Lebuhraya Timur Barat
Terdapat lima mangsa dalam kereta Perodua Myvi iaitu pasangan suami isteri dan tiga lagi mangsa lain iaitu kanak-kanak.
Pemandu Myvi maut tersepit dalam nahas dengan treler
Dalam kemalangan yang dilaporkan jam 1.27 pagi itu, mangsa tersepit dalam kereta jenis Perodua Myvi dipandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler dilaporkan selamat.
Satu maut, tiga cedera dalam nahas kereta-treler di Felda Keratong 2
Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM yang berada di lokasi, sementara mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Kemalangan maut penuntut USAS: Jenazah Iqbal Hasnun selamat disemadikan
Jenazah Iqbal Hasnun dimandi sebelum disolatkan di Masjid USAS dan dibawa ke rumah keluarganya di Taman Impian Jaya, di sini, pada jam 6 pagi.
Nahas kereta-treler: Jenazah pelajar USAS Ahmad Naim Najmi selamat dikebumi
Jenazah tiba di kediaman keluarganya di Kampung Pantai Penunjuk, Kijal pada 3.15 pagi selepas disolatkan di Masjid Raja Permaisuri Bainun USAS, Perak selepas Isyak malam tadi.
Hasrat Ahmad Naim Najmi temani nenek semasa cuti tidak kesampaian
Rosnah berkata, Ahmad Naim Najmi merupakan cucu sulung kesayangannya dan arwah suami.